Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda satu isu kepenggunaan yang sangat penting iaitu isu pembelian rumah yang saya dengar daripada ruangan "konsumer" kelolaan saudara Mazlan di Radio 24.

Saudara Mazlan telah menemurah En **han dari Bahagian Aduan Jabatan Perumahan (Maafkan saya kalau silap). Ada beberapa perkara yang saya kira semua pembaca patut tahu ketika membeli rumah agar tidak diperdaya dan ditipu oleh ejen penjual.

Isu ini penting kerana sebagai pengguna yang bijak kita mesti mengetahui beberapa undang-undang ketika membeli rumah. Kejahilan undang-undang boleh menyebabkan kita menjadi mangsa mudah tipu helah si penjual untuk mengaut keuntungan.

Seperti yang saya sebutkan dulu, membeli rumah adalah satu pelaburan yang mungkin menyebabkan kita terhutang seumur hidup. Oleh itu apa salahnya kita menambahkan sedikit ilmu sebelum kita membuat pelaburan ini.


BAYARAN TEMPAHAN

Booking fees atau pembayaran untuk tempahan adalah trend baru pemaju perumahan untuk memastikan bahawa si pembeli meletakkan jaminan bahawa dia akan membeli unit tersebut.

Ada pemaju yang meletakkan 1% daripada harga rumah, ada yang meletakkan RM 1000 dan pada satu ketika saya sendiri pernah diminta meletakkan RM 5000 sebagai bayaran tempahan.


Ejen-ejen yang bijak ini menggunakan kepakaran mereka untuk si pembeli membuat keputusan pada waktu yang singkat. Sekiranya sedang berjalan-jalan di sebuah kompleks membeli belah, anda mungkin terpaksa membuat keputusan membeli kondo atau rumah tersebut pada jangka waktu itu juga.

Segala teknik licik mereka menggunakan pujuk rayu itu juga menggunakan promosi khas seperti percuma "tempat meletak kereta", rebat RM 10,000 atau percuma maintenance fee selama 1 tahun dan sebagainya.

Oleh itu, ramai lah berhempas pulas untuk mencari wang untuk membayar wang tempahan, malah ada yang menggunakan kad kredit mereka sehingga 2-3 keping untuk memastikan bahawa rumah itu dapat ditempah.

Setelah itu, bila anda pulang semula ke rumah dan mendapati bahawa keputusan anda itu telah silap atau anda kurang berkemampuan, anda pasti mahukan wang anda kembali. Anda cuba menghubungi mereka untuk meminta wang anda semula.

Ejen penjual atau pemaju perumahan akan berkata bahawa sekiranya di pembeli TIDAK jadi membeli unit tersebut, maka duit tersebut akan hangus atau hanya 50% sahaja akan dikembalikan. Anda perlu faham bahawa si penjual ini mendapat komisen dengan pembelian ini, oleh itu mereka akan menggunakan segala tipu helah mereka untuk memastikan bahawa jualan itu berjaya.


Kebanyakan pelanggan yang meletakkan RM 200-300 sebagai contoh akan merelakan sahaja kehilangan wang tersebut. Bagaimana pula mereka yang meletakkan wang sehingga RM 5000? Bukankah ini mendatangkan masalah kepada si pembeli.

Mari kita lihat undang-undang berkenaan dengan hal ini. Terdapat satu akta di dalam bahagian perumahan (11.2) yang menyatakan bahawa:-

1. Pemaju atau penjual hanya boleh mengambil wang pendahuluan daripada pembeli setelah mereka menandatangani perjanjian jual beli (S&P).

2. Sekiranya penjual mengambil wang SEBELUM menandatangani apa-apa perjanjian jual beli (dalam kes ini), maka sekiranya pembeli TIDAK MAHU meneruskan pembelian, si penjual perlu memulangkan KESEMUA jumlah wang (100%) TANPA SOALAN.

3. Sekiranya si pembeli mahu meneruskan hasrat untuk membeli, wang yang dibayar tempoh hari boleh digunakan sebagai sebahagian daripada deposit.

Oleh itu, kepada anda yang sudah membayar wang tempahan, sekiranya anda dapati bahawa anda tidak mahu meneruskan, anda boleh meminta kesemua wang anda sekali (100%) tanpa perlu menyatakan sebab kenapa anda tidak mahu meneruskan.

Sekiranya pemaju tidak mahu berbuat demikian anda boleh menyatakan hak anda kepada mereka dan membuat aduan kepada Tribunal Bahagian Perumahan untuk diambil tindakan.


BAYARAN PENDAHULUAN

Bayaran deposit pada kebiasaannya adalah berjumlah 10% daripada harga rumah yang dipersetujui dan dibayar selepas menandatangani perjanjian jual beli. Bayaran pendahuluan atau deposit ini berbeza-beza mengikut harga rumah. Oleh itu nilainya boleh jadi sekadar RM 4000 sehingga beratus ribu.

Mengikut akta yang ada, sekiranya pembeli telah membayar wang deposit sebanyak 10% tetapi mendapati bahawa beliau tidak layak atau tidak berjaya mendapat pinjaman daripada bank-bank berkaitan..

..maka, si pembeli berhak mendapatkan wang pendahuluannya semula. Ini termasuk kepada mereka yang mendapati bahawa mereka disenarai hitam di dalam CCRIS atau CTOS.

Walaupun begitu, si pembeli hanya akan mendapat semula 9% daripada jumlah 10% wang pendahuluan asalnya. Contohnya wang yang dibayar ialah RM 10,000. Si pembeli berhak mendapat semula RM 9000. RM 1000 lagi boleh diambil oleh si penjual sebagai yuran pengurusannya.

Dengan adanya undang-undang sedemikian, maka hak pembeli rumah dilindungi. Terdapat syarikat perumahan yang mementingkan keuntungan akan membuat helah untuk membuat seolah-olah undang-undang berada di pihak mereka, dan mereka yang jahil pula akan menjadi mangsa.

Betolll ke niiii

KAJIAN 25 TAHUN DATO' FADZILLAH KAMSAH KAREKTOR KELAHIRAN MANUSIA

JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius Suka mendidik dan dididik Sangat
mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik Rajin dan setiap yang
dibuat nampak keuntungan Suka smart, kemas dan teratur Bersifat sensitif,
berfikiran mendalam Pandai mengambil hati orang lain Pendiam kecuali telah
dirangsang Agak pemalu Daya tumpuan yang sangat tinggi Mudah mendisiplinkan
diri sendiri Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema Bersikap romantik
tetapi tidak pandai mempamerkannya Cukup sayang pada kanak-kanak Suka duduk
di rumah Setia pada segala-galanya Perlu belajar
kemahiran sosial Cukup cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
Berfikiran abstrak Sukakan benda yang reality danabstrak Intelligent, bijak

dan genius Berpesonaliti yang mudah berubah Mudah menawan orang lain Agak
pendiam, pemalu dan rendah diri Jujur dan setia pada segalanya Keras hati
untuk mencapai matlamat Tidak suka dikongkong Mudah memberontak apabila
dikongkong Suka kegiatan yang lasak Emosinya mudah terluka dan sangat
sensitif Mudah mempamerkan marahnya Tidak suka benda yang remeh-temeh Suka
berkawan tapi kurang mempamerkannya Sangat berani dan suka memberontak
Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk
merealisasikan impiannya Pemerhatian yang tajam Suka hiburan dan
sukan Suka benda yang bersifat seni Sangat romantik pada dalaman tetapi
tidak pada luaran Berkecenderungan pada benda yang tahyul Amat mudah dan
boleh menjadi terlalu boros Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC
Berpesonaliti yang menarik dan menawan Mudah didampingi Sangat pemalu dan
pemendam rasa Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah
simpati Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam
persekitaran Suka pada kedamaian Sangat peka kepada orang lain Sesuai
dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain Tidak cepat marah dan
sangat amanah Tahu balas budi dan tahu kenang budi Pemerhatian dan
penilaian yang sangat tajam Kecenderungan untuk berdendam jika tidak
dikawal Suka berangan-angan Suka melancong Sangat manja dan suka diberi
perhatian yang sangat tinggi Kelam kabut dalam memilih pasangan Suka dgn
hiasan rumahtangga Punya bakat seni dalam bidang muzik Kecenderungan
kepada benda yang istimewa dan baik Jangan terlalu moody.

APRIL
Sangat aktif dan dinamik Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat
menyesal Sangat menarik dan pandai manjakan diri Punya daya mental yang
sangat kuat Suka diberi perhatian Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang Sangat berani dan tiada
perasaan takut Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan
pemurah Emosi cepat terusik Try control the emotion Kecenderungan
bersifat dendam Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan Kuat daya
ingatan Gerak hati yang sangat kuat Pandai mendorong diri sendiri dan
memotivasikan orang lain Berpenyakit di sekitar kepala dan dada Sangat
cemburu dan terlalu cemburu.

MEI
Kekerasan hati & degil Kuat semangat & bermotivasi tinggi Pemikiran yang
tajam Mudah marah apabila tidak dikawal Pandai menarik hati orang lain &
menarik perhatian Perasaan yang amat mendalam Cantik dari segi mental &
fizikal Tidak perlu dimotivasikan Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi
oleh orang lain Mudah dipujuk Bersikap sistematik (otak kiri) Suka berangan
Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa
diberitahu Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit Daya khayalan
yang tinggi Permikiran yang tajam Pandai berdebat Fizikal yang baik
Kelemahan sistem pernafasan Suka sastera, seni & muzik serta melancong
Tidak berapa suka duduk di rumah Tidak boleh duduk diam Tidak punya ramai
anak Rajin dan bersemangat tinggi Agak boros

JUN -
Berfikiran jauh & berwawasan Mudah ditawan kerana sikap baik Berperangai
yang lemah lembut Mudah berubah sikap, perangai, idea @
mood Idea yang terlalu banyak di kepala Bersikap sensitif Otaknya aktif
(sentiasa berfikir) Sukar melakukan sesuatu dengan segera Bersikap suka
menangguh-nangguh Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik Cepat
marah & cepat sejuk Suka bercakap & berdebat Suka buat lawak & bergurau
Otaknya cerdas berangan-angan Mudah berkawan & pandai berkawan Orang yang
sangat tertib Pandai mempamerkan sikap Mudah kecil hati Mudah kena selsema
Suka berkemas Cepat rasa bosan Sikap terlalu memilih & cerewet Kurang
mempamerkan perasaan Lambat nak sembuh apabila terluka hati Suka kepada
barang yang berjenama Mudah menjadi eksekutif Kedegilan yang tidak terkawal
Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah

kawan saya

JULAI
Sangat seronok didamping Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya
lelaki Agak pendiam kecuali diransang Ada harga dan maruah diri Tak suka
menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan Mudah dipujuk
dan bercakap lurus Sangat menjaga hati orang lain Sangat peramah Emosi
sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya Berjiwa
sentimental Jarang berdendam Mudah memaafkan tapi sukar melupakan Tidak
suka benda remeh-temeh Membimbing cara fizikal dan mental Sangat peka,
caring dan mengasihi serta penyayang Layanan yang serupa dengan semua orang
Tinggi daya simpati Pemerhatian yang tajam Suka menilai orang lain dengan
pemerhatian Mudah dan rajin belajar Suka muhasabah diri Suka mengenangkan
peristiwa atau kawan lama Suka mendiamkan diri Suka duduk di rumah Suka
tunggu kawan tapi tak cari kawan Tak agresif kecuali terpaksa Lemah dari
segi kesihatan perut Mudah gemuk kawal tak kawal diet Minta disayangi Mudah
terluka hati tapi lambat pulih Terlalu mengambil berat Rajin dalam membuat
kerja

OGOS
Suka berlawak Mudah tertawan kepadanya Sopan santun dan caring terhadap
orang lain Berani dan tidak tahu takut Orangnya agak tegas & bersikap
kepimpinan Pandai pujuk orang lain Terlalu pemurah & bersikap ego Nilai
harga diri yang sangat tinggi Dahagakan pujian Semangat juang yang luar
biasa Cepat marah & mudah mengamuk Mudah marah apabila cakapnya
dilawan Sangat cemburu Daya pemerhatian yang tajam & teliti Cepat berfikir
Fikiran yang berdikari Suka memimpin & dipimpin Sifat suka berangan
Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat Sangat sensitif tapi tidak mudah

merajuk Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit Belajar untuk relax Sikap
kelam kabut Romantik, pengasih & penyayang Suka mencari kawan

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur Sangat cermat, teliti & teratur
Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik Pendiam tapi pandai bercakap
Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati Sangat perihatin &
terperinci, amanah, setia & jujur Kerja yang dilakukan sangat sempurna
Sangat sensitif yang tidak diketahui Orang yang banyak berfikir Daya
pentaakulan yang baik Otak bijak & mudah belajar Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik Pandai mendorong diri sendiri Mudah
memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan, hiburan & melancong Kurang menunjukkan perasaannya Terluka
hatinya sangat lama disimpan Terlalu memilih pasangan Sukakan benda yang
luas Bersistematik

OKTOBER
Suka sembang Suka orang yang sayang padanya Suka ambil jalan tengah Sangat
menawan & sopan santun Kecantikan luar & dalam Tidak pandai berbohong &
berpura-pura Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan Sentiasa
berkawan Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama Cepat marah Macam
pentingkan diri sendiri Tidak menolong orang kecuali diminta Suka melihat
dari perspektifnya sendiri Tidak suka terima pandangan orang lain Emosi
yang mudah terusik Suka berangan & pandai bercakap Emosi yang kelam kabut
Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan) Suka melancong,
bidang sastera & seni Pengasih, penyayang & lemah lembut
Romantik dalam percintaan Mudah terusik hati & cemburu Ambil berat tentang
orang lain Suka kegiatan luar Orang yang adil Boros & mudah dipengaruhi
persekitaran Mudah patah semangat

NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
Berfikiran kehadapan Berfikiran unik dan bijak Penuh dengan idea-idea baru
yang luar biasa Pemikiran yang tajam Daya firasat yang sangat halus dan
tinggi Bagus untuk jadi doktor Cermat dan teliti Personality dinamik Sifat
yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia Banyak berfikir, kurang
bercakap tetapi mesra Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran Terlalu
degil dan keras hati apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya Tak suka
marah kecuali digugat Mudah ambil berat terhadap orang lain Pandai
muhasabah diri Cara berfikir lain dari orang lain Otak yang sangat tajam
Pandai mendorong diri sendiri Tidak hargai pujian Kekuatan semangat dan
daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai
berjaya Badan yang "tough" (sasa) Kasih sayang dan emosi yang sangat
mendalam Romantik Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang Suka duduk di rumah
Sangat rajin dan berkemampuan tinggi Amanah, jujur, setia dan pandai
berahsia Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi Bercita-cita tinggi
Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah Bersifat patriotik Sangat aktif dalam permainan
dan pergaulan Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa Bercita-cita tinggi Suka
menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi Seronok didampingi Suka
bercampur dengan orang Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur Tidak pandai berpura-pura Cepat
marah Perangai yang berubah-ubah Tidak ego walaupun harga diri yang sangat
tinggi Benci pada kongkongan Suka berlawak Pandai buat lawak dan berfikiran
dengan logic.

Posted on Jul 20, 2008 under Akidah |

Zaman ini adalah zaman fitnah. Fitnah dalam al-Quran dan al-Sunnah bukan seperti yang difahami oleh orang melayu dengan maksud menuduh dusta ke atas orang lain. Tetapi fitnah itu apabila disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah ia bermaksud ujian atau kejadian yang mengancam agama dan ketenteraman hidup sehingga mampu mengheret seseorang ke kancah yang tidak diredhai Allah.

Nabi Muhammad s.a.w banyak mengajar doa-doa yang indah. Namun, keindahan doa-doa itu kadang-kala tidak dapat seseorang hayati sehinggalah muncul suasana kehidupannya yang benar-benar disentuh oleh doa-doa tersebut. Apabila suasana itu hadir, barulah dapat dinikmati kesyahduan doa-doa tersebut.

Ketika itu, doa yang dahulunya kita baca berulang kali terasa biasa bertukar menjadi begitu menusuk kalbu dan jiwa. Terasa betapa keperluan menghayati apa yang diajar oleh Nabi s.a.w. Malangnya dalam masyarakat kita, doa-doa Nabi s.a.w yang asli ditinggalkan, sementara doa-doa rekaan yang dipetua oleh buku atau orang tanpa bersumber daripada Nabi s.a.w pula menjadi pilihan.

Tokoh ulama umat yang besar al-Qadi `Iyadh berkata: "Sesungguhnya Allah telah mengizinkan untuk berdoa kepadaNya. Dia mengajar doa dalam kitabNya kepada hamba-hambaNya. Nabi s.a.w pula mengajar doa kepada umat baginda. Dalam doa-doa tersebut mengandungi tiga unsur, iaitu; ilmu mengenai tauhid, ilmu mengenai bahasa dan nasihat kepada umat.

Maka tidak wajar bagi seseorang berpaling daripada doa-doa baginda s.a.w. Syaitan telah menipu manusia dalam hal ini, lalu dia telah mewujudkan untuk mereka satu puak yang jahat (kaum yang mencipta doa-doa palsu ini). Lantas mereka mencipta secara palsu untuk diri mereka doa-doa yang memalingkan mereka daripada mencontohi Nabi s.a.w.

Lebih buruk lagi, mereka menyandarkan doa-doa tersebut kepada para nabi dan orang-orang soleh, lalu mereka kata: Doa Adam, doa Nuh, doa Yunus dan doa Abi Bakr al-Siddiq r.a."( Ibn al-Imam, Silah al-Mu'min fi al-Du`a wa al-Zikr, m.s. 22-23, Damsyik: Dar al-Kalim al-Tayyib)

Zaman ini adalah zaman fitnah. Fitnah dalam al-Quran dan al-Sunnah bukan seperti yang difahami oleh orang melayu dengan maksud menuduh dusta ke atas orang lain. Tetapi fitnah itu apabila disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah ia bermaksud ujian atau kejadian yang mengancam agama dan ketenteraman hidup sehingga mampu mengheret seseorang ke kancah yang tidak diredhai Allah.

Demikian syirik, kufur, bid'ah, maksiat, pembunuhan, ketidak tenteraman, kekacauan dan seumpamanya diistilahkan juga sebagai fitnah. Hidup di zaman fitnah adalah sesuatu yang memeritkan. Sehingga kadang-kala insan akan terpinga-pinga dalam menentu pendirian dan keputusan yang betul.

Nabi s.a.w dalam banyak hadis-hadis baginda mengajar kita supaya sentiasa memohon perlindungan dengan Allah daripada fitnah iaitu ancaman yang menggugat agama dan ketenteraman hidup. Sebab itu, antara yang diajar oleh baginda kepada setiap yang bersolat agar sentiasa memohon perlindungan dengan Allah daripada empat perkara. Iaitu "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah semasa hidup, fitnah semasa mati dan fitnah al-Masih Dajjal" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Doa ini dibaca semasa tasyahud (tahiyyat) sebelum memberi salam. Banyak lagi doa-doa yang cantik banyak diajar oleh baginda dalam solat. Namun ramai yang tidak tahu kerana solatnya ikut-ikutan. Mereka tidak mempelajari solat menerusi hadis-hadis Nabi s.a.w, sebaliknya hanya mewarisi solat apa yang dilihat semata.

Tanpa tahu bagaimanakah solat itu diajar oleh Rasulullah s.a.w. Lalu hilanglah peluang kemanisan doa-doa tersebut. Sebab itu, antara buku yang baik untuk dibaca oleh setiap lapisan tentang solat ialah buku tulisan ulamak hadis yang terkenal Nasiruddin al-Albani yang bertajuk "Sifat Solat Nabi s.a.w".

Banyak bacaan-bacaan yang amat indah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w dapat dipelajari. Antara yang indah itu bahawa Nabi s.a.w apabila bangun bersolat pada malam hari, baginda membuka solatnya (membaca doa iftitah) seperti berikut: (maksudnya) "Wahai Tuhan Jibril, Mikail, Israfil, Pencipta langit dan bumi, Mengetahui yang ghaib dan yang nyata! Engkau yang menghukum apa yang hamba-hambaMu berselisihan antara mereka. Tunjukkan daku kebenaran mengenai apa yang dipertikaikan dengan izinMu. Sesungguhnya Engkau menunjukkan sesiapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus". (Riwayat Muslim).

Demikian doa yang seperti ini -dengan keindahan bahasa arabnya- menusuk jiwa di kesunyian malam, di kala manusia lain masih nyenyak tidur dan tenggelam dalam mimpi, sedangkan hamba Allah yang ikhlas merintih merayu agar ditunjuk jalan yang lurus atas segala perselisihan yang berlaku di kalangan masyarakatnya.

Doa ini lebih menyentuh jiwa dan kehalusan nurani tatkala kita hidup di zaman kegawatan tingkah manusia dan perselisihan yang tidak sudah-sudah. Setiap pihak mendakwa dia yang benar. Sehingga kita tidak tahu siapa syaitan yang bertopengkan malaikat, atau malaikat yang dituduh syaitan.

Telah berulang kita membaca doa Nabi s.a.w. "Ya Allah, jika Engkau kehendaki berlaku dalam sesuatu kaum itu fitnah, maka matikanlah aku dalam keadaan tidak terfitnah" (Riwayat al-Imam Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani). Namun membaca hadis ini dalam zaman atau keadaan yang penuh fitnah benar-benar memilukan jiwa.

Terasa keperluan kepadanya. Terasa kerinduan kepada kedamaian hidup yang hakiki. Lalu airmata tanpa sedar membasah pipi dalam kelesuan gelora hidup dan syahduan perasaan yang rindukan bimbingan Tuhan. Dalam doa ini Baginda Nabi s.a.w mengajar agar kita memohon supaya jangan ditimpakan fitnah iaitu kerosakan yang menggugat pegangan atau pendirian yang benar dalam beragama.

Fitnah jika turun sehingga menggugat apa yang diajar oleh Allah dan rasulNya, maka kehidupan itu adalah racun sekalipun disangkakan madu. Jika benar fitnah akan berlaku maka kita disuruh memohon kepada Allah agar mati dalam keadaan tidak terlibat dengan fitnah atau kerosakan tersebut. Walaupun asalnya seseorang tidak disuruh bercita-cita untuk mati, namun baginda dalam hadis lain menyebut: "Jangan seseorang kamu berharap agar mati disebabkan kemudaratan yang menimpanya. Namun jika tidak boleh, katakanlah: Ya Allah! Hidupkanlah daku sekiranya kehidupan itu baik untukku. Matikanlah daku jika kematian itu baik untukku" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kadang-kala kematian lebih baik daripada hidup menyusahkan orang lain sehingga menjadi fitnah atau gangguan kepada umat. Demikian mati lebih baik daripada cuba menghadapi ujian yang akhirnya membawa kita tewas lagi rugi pada kehidupan akhirat. Maka tidak pelik jika Saidina 'Umar bin al-Khattab r.a. pada usianya yang lanjut, ketika dia pulang dari menunai haji, beliau berdoa sambil mendongak ke langit dan mengangkat tangannya: "Ya Allah! Sesungguhnya telah lanjut usiaku, telah rapuh tulang belulangku, bertambah ramai rakyatku, maka ambillah nyawaku sebelum aku mensia-sia tugas dan tanpa ditimpa fitnah". Lalu tidak sampai sebulan selepas pulang ke Madinah beliau wafat dibunuh.

Demikian Saidina 'Ali bin Abi Talib r.a, walaupun usia belum lanjut, namun apabila rakyatnya kucar-kacir tidak mahu tenteram walaupun telah diusahakan, beliau meminta agar Allah merehatkannya dari kedegilan rakyatnya. Lalu beliau pun mati selepas itu. Khalifah 'Umar bin 'Abdul 'Aziz apabila merasakan rakyat sudah tidak mampu mentaati keadilan dan kebenaran yang ditegakkannya, dia meminta daripada insan yang mustajab doanya ketika itu agar memohon Allah mengambil nyawanya. Lalu tidak lama kemudian dia pun meninggal. (lihat: Ibn Rajab, al-Jami' al-Muntakhab, 103, Lebanon: Muassasah Fuad).

Ini adalah cebisan kisah daripada sirah insan-insan soleh yang lebih rela mati daripada hidup menjadi beban dan fitnah kepada orang lain. Bandingkanlah mereka ini dengan orang-orang politik yang rela sesiapa pun mati, asalkan mereka dapat hidup. Segala macam 'kelentong' dikeluarkan. Biar manusia pecah kepala, asal mereka mendapat kuasa.

Saya bukan menimbulkan kisah ini untuk kita putus asa dengan kehidupan. Tetapi supaya orang yang daif seperti saya sentiasa beringat walaupun kaki berpijak di bumi, namun jiwa hendaklah sentiasa tenggelam dalam kehidupan hakiki selepas berakhir episod di bumi ini. Jika itulah jiwa dan perasaan kita, tentulah politik kita tidak sekelam kabut begitu.

Walaupun kadang-kala politik berbunyi agama, namun bukan sedikit juga agama hanya jambatan untuk dipijak agar sampai ke kerusi politik. Maka, berapa ramai yang hanya membaca nas-nas yang mengharamkan itu dan ini untuk menyalahkan orang lain. Tidak pula membacanya untuk dirinya dan puaknya.

Umpamanya, ketika menuduh orang lain dengan berbagai tuduhan, tidaklah pula kedengaran nas dan dalil pengharaman menuduh orang tanpa bukti dan saksi. Tetapi segala dalil dan nas akan keluar dengan lancarnya ketika orang lain menuduh kita. Sehingga ramai yang keliru. Siapakah yang jujur, siapa pula hanya bermadah pujangga? Atau kesemuanya jembalang yang menjelma dalam berbagai wajah demi menggoda kita semua?

Siapakah yang selamat dalam suasana yang sebegini? Berdasarkan hadis-hadis Nabi s.a.w golongan yang paling selamat adalah sesiapa yang tidak melibatkan diri dari menyertai mana-mana pihak yang bertempur sesama muslim. Itulah fitnah yang merosakkan agama kerana bertempur atas isu yang tidak pasti. Firman Allah dalam Surah al-Isra, ayat 36: (maksudnya): "Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya".

Pada zaman Saidina 'Ali bin Abi Talib r.a. telah berlaku fitnah yang telah memecah belahkan kaum muslimin, termasuk para sahabah Nabi s.a.w. Kesemuanya berpunca daripada isu pembunuhan Saidina 'Uthman bin 'Affan r.a. Isu dan peribadi mereka jauh lebih mulia. Bukan seperti peribadi-peribadi samar dan kabur yang diselubungi oleh berbagai tanda tanya seperti sesetengah orang pada hari ini.

Para pengkaji sejarah cuba mengkaji pendirian siapakah yang paling tepat dalam suasana fitnah ketika itu. Berbagai kesimpulan telah dikeluarkan, namun saya bersetuju bahawa pendirian yang paling tepat adalah pendirian para sahabah yang tidak mahu terlibat dengan perbalahan tersebut. Ini pendirian majoriti sahabah.

Kata Muhammad bin Sirin (meninggal 110H): "Ombak fitnah melanda, sementara para sahabah yang masih hidup berpuluh-puluh ribu, namun yang terlibat dalamnya tidak melebihi seratus orang. Bahkan tidak melebihi tiga puluh orang" (Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 7/264, Lebanon: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

Sebelum pertempuran antara dua sahabah; 'Ali dengan Mu'awiyah tercetus, banyak pihak berusaha agar peperangan Siffin itu tidak terjadi. Antara yang berusaha mendamaikan kedua belah pihak ialah dua orang tokoh sahabah yang mashyur Abu Umamah al-Bahili dan Abu Darda' yang datang menemui Mu`awiyah dan berkata: "Wahai Mu`awiyah! Apakah alasanmu memerangi `Ali? Demi Allah! Sesungguhnya dia lebih dahulu menganut Islam daripadamu dan ayahmu. Dia lebih dekat hubungannya dengan Rasulullah dan lebih berhak daripadamu dalam urusan pemerintahan".

Jawab Mu`awiyah: "Aku memeranginya kerana darah `Uthman dan sesungguhnya `Ali telah melindungi pembunuhnya. Kamu berdua pergi kepadanya dan beritahu dia, laksanakan hukuman bunuh balas terhadap pembunuh `Uthman nescaya akulah orang Syam yang pertama berbai`ah (janji taat) dengannya".

Maka Abu Umamah dan Abu Darda' pun pergi menemui `Ali, dan menyatakan kepadanya seperti yang diminta oleh Mu`awiyah. Saiyyidina `Ali pun menunjukkan kepada mereka sejumlah tentera yang ramai yang menyebut: "Kami adalah pembunuh `Uthman, sesiapa yang mahu, sila serang kami". Akhirnya Abu Umamah dan Abu Darda' pun pulang dan mengambil keputusan untuk tidak melibatkan diri di dalam peperangan.(Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 7/270).

Begitu juga Abu Muslim al-Khaulani dan mereka yang bersama dengannya, pernah datang menemui Mu`awiyah dan bertanya: "Engkau memerangi `Ali, apakah engkau ini setaraf dengannya?".

Jawab Mu`awiyah: "Demi Allah, aku benar-benar tahu bahawa dia lebih baik dan afdal serta lebih berhak di dalam pemerintahan daripadaku. Namun kamu semua tahu bahawa `Uthman dibunuh secara zalim dan aku adalah sepupunya. Aku menuntut darah `Uthman. Beritahu `Ali, serahkan pembunuh `Uthman kepadaku nescaya aku menyerahkan urusan ini kepadanya." (Ibid 8/132).

Maka atas kekaburan itu, kebanyakan sahabah dan tabi'in mengambil pendirian tidak mahu menyertai peperangan tersebut.

Jikalau peperangan yang dikepalai oleh tokoh-tokoh sahabah seperti 'Ali bin Abi Talib sepupu Nabi s.a.w juga khalifah yang sah, 'Aisyah isteri Nabi s.a.w sendiri, Mu'awiyah sahabah Nabi s.a.w, majoriti para sahabah enggan menyertainya disebabkan kekeliruan yang berlaku. Padahal tokoh-tokoh itu adalah insan-insan soleh yang dijamin syurga oleh baginda Nabi s.a.w.

Apakah kita di zaman ini ingin menyertai pertembungan sesama muslim dalam isu-isu yang kabur dan dikepalai pula oleh peribadi-peribadi yang tidak pasti? Fitnah oh fitnah. Ya Allah, kami pasrah kepadaMu dalam fitnah yang mengelirukan ini.

Sumber : Drmaza

Jika anda diberi pilihan untuk menjadi semut, labah-labah atau lebah, manakah yang akan anda pilih? Orang yang rajin bekerja akan memilih menjadi semut, sebab melambangkan kerajinan, iltizam, kerjasama, kesatuan, hidup bermasyarakat dan sentiasa aktif.

Orang yang merasakan dirinya bijaksana akan memilih menjadi labah-labah sebab pada anggapannya labah-labah amat cerdik. Dia membina sarang sekali sahaja tetapi mampu duduk senang dan tetap mendapat makan selamanya.

Manakala orang yang merasakan hidup perlu berjasa akan memilih menjadi lebah. Pada anggapannya lebah sangat rajin, cerdik, juga berkuasa. Sengatan lebah boleh mematikan.

Apakah pilihan anda?

Sebenarnya semua pilihan adalah betul. Setiap sesuatu ada kelebihan dan keistimewaan juga kekurangan-kekurang an tertentu. Mengapa saya berkata begitu? Sebabnya, ketiga-tiga binatang kecil ini disebut dalam Al-Quran malah menjadi nama surah. Semut dari Surah An-Naml, labah-labah dari Surah Al-Ankabut dan lebah dari Surah An-Nahl.
Itu menunjukkan ketiga-tiga binatang kecil ini sangat istimewa, penting lagi contoh-contoh terbaik untuk manusia. Namun, jika disuruh memilih satu sahaja dan soalan itu ditujukan kepada saya, saya akan menilai sebagaimana berikut:

Semut. Kerjanya menghimpun makanan tanpa henti. Siang malam pagi petang dia berusaha tanpa rehat. Belum pernah saya melihat seekor semut terbaring keletihan. Dia hanya diusung oleh teman-temannya apabila dia mengalami kesakitan ataupun setelah mati. Selebihnya ia akan bekerja, bekerja dan bekerja. Tahukah anda, semut boleh menghimpun makanan untuk bekalan yang amat lama sedangkan usianya tidaklah lebih lama daripada banyaknya bekalan makanan yang boleh dihimpunnya itu. Motif kehidupan semut ialah menghimpun sebanyak-banyak makanan, seolah-olah dia tidak mati dan hidup selama-lamanya. Alangkah tamaknya sang semut hingga kadangkala sanggup memikul sesuatu yang melebihi saiz badannya sendiri. Sedangkan nyata dia sendiri tidak sanggup memakan makanan itu hingga selesai.

Labah-labah. Dalam ayat 41 Surah Al-Ankabut disebut tentang sarang labah-labah sebagai tempat yang paling rapuh. Ia bukan tempat yang aman. Apa pun yang berlindung di sana akan binasa. Bahkan jantannya disergapnya untuk dihabiskan oleh betinanya. Telur-telurnya yang menetas saling berdesakan hingga saling memusnahkan.

Lebah. Lebah memiliki naluri yang dalam bahasa Al-Qur’an disebut, marhumnya, “Atas perintah TUHAN ia memilih gunung dan pohon-pohon sebagai tempat tinggal.” [An-Nahl,16: 68]. Lebah membina sarang berbentuk segi enam bukannya lima atau empat agar efisen dalam penggunaan ruang. Makanannya suci, bersih dan istimewa daripada serbuk sari bunga. Lebah tidak mengumpul makanan, sebaliknya menghasilkan lilin dan madu yang sangat bermanfaat kepada manusia. Lebah sangat berdisiplin, mengenal pembahagiaan kerja, tidak cerewet, tidak letih melakukan kerjanya. Demi kesucian dan manfaat sarang yang dibina, segala yang tidak berguna disingkirkan. Hasilnya sarang lebah menjadi pusat pengumpulan madu. Lebah tidak mengganggu kecuali jika diganggu. Bahkan sengatannya pun di samping amat berbisa juga boleh menjadi ubat. Ini dibuktikan dalam salah satu rancangan yang memaparkan kisah-kisah pelik tetapi benar terbitan Amerika Syarikat.

Jadi, apakah pilihan saya? Saya memilih ketiga-tiganya sebab ketiga-tiganya mempunyai keistimewaan- keistimewaan tertentu. Psikologinya saya ingin menjadi semut dengan alasan mahu bekerja keras tanpa memikirkan soal remeh-temeh dan politik-politik tertentu. Namun, saya tidak mahu mengambil sikap bodohnya. Tahukah anda sembut amat bodoh meskipun amat rajin.

Jika ada seekor semut terjumpa seketul gula misalnya, dia akan segera pulang memberitahu rakan-rakannya. Lalu dia akan mengikut jalan yang sama yang digunakannya sehingga seketul gula itu ditemuinya kembali. Dia dan rakan-rakan akan menggunakan laluan yang sama untuk kembali ke situ dan begitulah seterusnya hinggalah makanan itu habis. Kemudian seluruh suku sakat dan kaum kerabatnya akan mengikut laluan yang sama juga walaupun ada jalan pintas yang lebih dekat. Saya juga akan mengambil sikap labah-labah yang smart itu. Dia membina sarang dan duduk senang sepanjang masa. Konsepnya seperti bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Susah membina sarang berbaloi untuk hidup senang. Hidup memang perlu smart. Hanya orang smart akan dapat smart living melalui smart earning.

Kaedahnya seperti menanam pokok pisang; menanam sekali makan selamanya. Samalah juga seperti menulis buku; menulis sekali tapi memunggut hasilnya sepanjang masa.

Dengan mengambil sikap lebah, tentunya saya mahu menjadi seseorang yang diperlukan masyarakat dengan memberikan sebanyak-banyak jasa. Bijaknya lebah boleh membina sarang segi enam yang tepat ukurannya. Tidak pernah kita lihat indung lebah ada yang besar ada yang kecil. Ia benar-benar seperti manusia yang pandai matematik dan sains atau seperti manusia yang lebih banyak menggunakan otak kirinya.

Meskipun hebat segala segi, lebah boleh menyerang balik jika terancam. Sikap ini turut diperlukan sebab untuk membina kejayaan ada kalanya kita terpaksa bertindak untuk mengekalkan matlamat serta kedudukan daripada diganggu. Apabila umat Islam mula diperangi maka ALLAH memerintahkan Nabi s.a.w. menyerang balik. Maka hukum berperang dalam keadaan ini pun jelas.

Namun, jika soalan yang asal ditanyakan lagi dan disuruh pilih satu sahaja, apakah pilihan yang terbaik? Semut menghimpun harta, labah-labah pula ingin hidup senang atas kesusahan orang lain manakala lebah berkhidmat kepada pihak lain. Maka, pilihan yang terbaik ialah lebah, lantaran Nabi s.a.w. pernah mengibaratkan seorang Mukmin itu sebagai lebah.

“Tidak makan kecuali yang baik-baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merusak dan tidak pula memecahkannya.” Itulah lebah.

'Aku tak baca detail sangat... tapi sejak jadi unit trust consultant ni...
aku tahu satu teori yg disebut RULE 72. Org ekonomi tahu benda ni.Kalau nak
tahu half value the money... guna rule ni bahagikan dengan inflasi
rate. Skrg ni inflasi 4% >, 72/4 = 18. Meaning to say... dlm masa 18 tahun
lagi value duit RM100 skrg akan jadi RM 50 18 tahun akan dtg.

Oleh itu, saving kita hendaklah cari yg dapat bagi return per year
lebih besar drpd interest rate. Kalau saving dlm tbg haji 4.75% dgn
interest rate 4%, dalam masa 18 tahun akan dtg, secara teori kita akan
hanya ada keuntungan 0.75% shj.

OLEH itu juga simpan didalam instrumen yg bolh bagi return yg besar
dan selamat.' 'pasal financial planning tu, kau kata duit boleh simpan
sampai 2nd & 3rd generation. Aku ragu2 sikit sbb apa yg aku tahu, pakar2
ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh
hancurkan ekonomi kapitalis. (mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya
mereka ada fakta yg kukuh untuk sokong pendapat mereka.

Pakar ekonomi Islam yg merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan
perkara ini pastiakan terjadi) Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak
boleh ambik duit dlm bank.
Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang, bekas penasihat politik Tun Dr M.Dia
kata ni pasti jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi perkara ni tak mungkin
dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia ni Christian Katolik yg
anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan2 oleh penasihat2 Bush,
professor di Havard dan Oxford , org2 kuat IMF, Bank Dunia dan segala sifu
zionis. Mrk kata system ekonomi kapitalis akan collapse, keadaan dunia akan
jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930's. Mamat ni masih
close dgn Tun Dr M dan tulis buku tajuk 'FUTURE FASTFOWARD'.

Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat dunia kerana
mengkaji system kapitalis. Aku pernah wawancara dia di Hotel Prince, KL
masa dia dtg nak jumpa Tun Dr M. Dia kata system kapitalis memang dah nak
hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang beli duit emas yg dikeluarkan oleh
syktnya beribupejabat di Dubai dan ada cawangan di Labuan . Dia kata kat
aku, org Malaysia yang paling byk simpan duit emas dalam akaun syarikat
dia ialah Dr M dan Pak Lah. Maknanya Dr M dan Pak Lah memang well prepared
untuk hadapi kehancuran system kapitalis.

Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal
masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik). Dia
kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dlm bank. Duit
kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulak akan
menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ni tak
boleh beli apa pun di masa depan. Terkejut aku baca penerangan dia pasal
'money creation' oleh bank. Masalahnya, cerita pasal ni tak keluar pun
dalam akhbar arus perdana Malaysia (i.e. berita harian, utusan, star,
nst. Akhbar kita hanya memetik sebijik2 laporan CNN, BBC, CNBC, Reauters
yang sebenarnya tak betul tu).

Sekarang, ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan tengok
CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya. Media macam ni tak akan cakap perkara
yg benar. Tapi bacalah akhbar2 eksklusif utk geng2 Zionis spt Herald,
Weekly Commentator, Jerusalem Post, etc. Akhbar ni boleh di access
via internet. Media mcm ni dibaca oleh sifu-sifu zionis. Aku kemudian
buat research sikit2 pasal money meltdown melalui internet. Lepas tu, aku
buat research pasal kekayaan dalam Islam. Aku dapat tahu kekayaan sebenar
ialah :-

1. tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada air mengalir
berdekatannya)

2. emas dan perak

Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis.
Rezab emas terbesar berada di US dan Europe . Nak ambil emas, mereka
tukarkan kepada negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2 Zionis
itu lah juga yg memiliki bank. (Sila rujuk buku2 atau rencana
internetmengenai sejarah dan asal usul bank)

Sudahnya, kita semua satu dunia,simpan duit kertas yg menurut
pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. (RUJUK RENCANA2 VIA
INTERNET DI BAWAH TOPIC 'THE DEATH OF MONEY) Yg bernilai ialah emas, minyak
dan kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar dengan teruk di
masa depan. BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee
(sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda2
akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tak ada
setitik air pun di situ. Middle East dan Zionis akan bercakaran kerana air
pulak! Separuh kedua abad ini adalah era 'haus kerana tidak ada air'
dan 'bergelap kerana tiada minyak' menurut kata penganalisis dunia).

Tahun lepas, aku attend seminar nuclear di hotel renaissance. Seorang
pakar Jepun kata minyak dlm bumi ni hanya bertahan utk 30 tahun saja.Lepas
tu, aku tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, 'Tan Sri, apa kita nak
buat sebab kita tak ada polisi tenaga nuklear?' Dia jawab, 'no comment.
You kena tanya menteri.' Aku call pejabat menteri, menteri lak pergi US .
Masa tu aku tengah tulis rencana mengenai polisi tenaga nuclear
Malaysia sebagai persediaan hadapi kekurangan minyak.

Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg juga kawan baik
atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr M. Datuk ni mengaku dia tak simpan
duit kertas dlm bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yg dia dapat
daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan pada org
miskin. 'I don't keep money,' macam tu lah dia kata kat aku. Lepas aku
wawancara dia, dia bagi hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit
kertas dan kaitannya dengan RIBA (FAEDAH BANK). Buku tu menerangkan
bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengan
sendirinya jadi penyebab kepada kehancuran system ekonomi kapitalis
nanti.

Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia 1997 angkara George
Soros dulu. Datuk tu kata dia tengah kaji Al- Quran dan dpt tahu apa
erti kekayaan yg sebenar. Bila baca surah Yusuf, dia terkejut dan baru
tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT KERTAS or DUIT
ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu, US sekarang, selain emas
dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! Duit kertas
dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negara lain di mana tiga per
empat daripada dolar sekarang sedang berligar2 di luar US dan sedang
menunggu masa untuk collapse. (rujuk rencana2 mengenai krisis dolar
Amerika).

Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :-

MD IMF, Rodrigo de Rato, 'We believe such a large imbalance of
growing indebtedness by the US is a risk not only for the US economy, but
for the world economy.

Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas 'over time there is
only one direction for the dollar to go - lower'.

Warren buffet, pemain saham terkenal dunia kata : 'we view them as
TIME BOMBS both for the parties that deal in them and the economic
system.'

Paul Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board, 'we have a 75%
chance of a crisis within 5 years'.

Aku sekadar nak berkongsi pengetahuan dan mencetuskan pemikiran
sahaja. Apa pun kau fikir pasal maklumat aku ni, terpulang lah.


Wallahualam

Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar.

Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot - otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesehatan.



New Zealand Medic al Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha danb betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.



DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.

Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.

Mengapa pulmonari embolisme terjadi?

Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.

Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.

Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ¡rapuh¢ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.


Simptom
Cepat penat
Mengah
Sakit dada
Denyutan nadi laju
Lemah di bahagian kaki
Kurang selera makan
Batuk
Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.


Cegahan
1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis).. Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki
3. Elakkan meminum airbatu
4. ELakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk
5. Sentiasa meminum air panas
6. Amalkan bersenam

Rawatan
Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru..

Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya


 

Original Blogger Template | Modified by Blogger Whore | Distributed by eBlog Templates